Monday, August 16, 2010

PERKEMBANGAN FIZIKIAL KANAK-KANAK


Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat, dan ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan”(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor yang sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.
Dalam proses mendidik kanak-kanak,aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang Kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, Seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitaran yang kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk manjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.
Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tentang tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu belajar  bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya. Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali.
Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu mengetahui bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya perlu mengamalkan tabiat cara pemakanan yang baik seperti  jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Selain itu, kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul. Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu mengetahui cara pernafasan yang betul atau pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.       


Oleh : New Yee Mei 128872

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

  
     Bahasa merupakan medium komunikasi asas samada dengan tulisan, lisan mahupun dengan panggunaan isyarat. Penggunaan bahasa yang betul, jelas dan meyakinkan dapat menjamin keberkesannan suatu komunikasi. Ia juga dapat mencerminkan keperribadian seseorang itu. Oleh itu, dalam penggunaan bahasa, budi bahasa dititikberatkan. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik dan teratur memberi makna yang mendalam serta dapat menyentuh perasaan orang. Penguasaan bahasa dengan baik harus diperlajari dan bukan merupakan sifat semula jadi. Melalui bahasa, kanak-kanak dapat melahirkan idea, kehendak dan keperluan serta untuk memahami orang lain.
      Bahasa pada asasnya dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu penerimaan dan kefahaman serta pelahiran bahasa. Penerimaan dan kefahaman berlaku pada peringkat umur 0 hingga 12 bulan. Pada masa ini, bayi hanya mendengar, memahami dan menyimpan perkataan di dalam memori. Pelahiran bahasa pula, pada peringkat 12 bulan, iaitu semasa bayi cuba untuk mengeluarkan perkataan yang tepat.

Perkembangan bahasa mengikut umur:
Umur                    Perkembangan
0 -3 bulan        Menangis untuk mengatakan keinginan
                         -Mencari sumber bunyi 
3 -6 bulan        Mula mengeluarkan bunyi huruf vocal seperti aaa… uuu…
                         -Ketawa menunjukan dia gembira
6 – 12 bulan    Member reaksi apabila orang memanggilnya
                         -Menunjukkan minat terhadap perbualan orang dewasa dan sensitive kepada bunyi
                         - Mengeluarkan bunyi huruf vocal dan menyebut huruf konsonan secara berulang-ulang
                         - Echolalia > memberi tidakbalas kepada arahan mudah
12 -18 bulan    Meniru intonasi suara dengan mengeluarkan berbagai bunyi
                         -Menggunakan satu perkataan untuk memberi maksud berbagai hendak
18 -24 bulan   Mengeluarkan bunyi suku kata akhir perkataan untuk menyebut perkataan yang mempunyai  
                       lebih daripada satu suku kata.
                        -Contohnya: “kit” untuk “bangkit” atau “sakit”
                        -Suka mendengar cerita
2 tahun            Memahami arahan
3 tahun            Bercakap dengan ayat yang mudah
                        -Mula bertanya soalan mengapa
4 tahun            Boleh menamakan objek atau benda yang dilihat



    Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
Kesediaan   = tahap perkembangan dan daya perhubungan kanak-kanak adalah mengikut umur serta daya 
                      kefahaman.
                   = kesediaan kanak-kanak dalam penggunaan bahasa banyak bergantung kepada persekitaran 
                      dan galakan orang dewasa.
Penerokaan =.kanak-kanak akan mula menyiasat dan mencungkil idea.
                   = memberi peluang kepada mereka mengatakan sesuatu yang pernah mereka alami.
Pemahaman = proses ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dipercepatkan dengan unsur paksaan.
Pemikiran    = Lisan memberi kesan yang dalm kepada pemikiran kanak-kanak dan membantu 
                       perkembangan bahasa.


Cara kanak-kanak memperlajari bahasa:
1.  Pendengaran                       = kepekaan terhadap bunyi dan cuba untuk mengingatinya.
2.  Peniruan                              = kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi seperti aaa… uuu…. untuk meniru.
3.  Pengulangan dan praktis       = mengulangkan vocal tertentu dengan galakan dan dorongan orang dewasa.
                                                 = menambah lagi peringatan sesuatu perkataan.
4.  Pembelajaran tidak langsung = persekitaran. 
                                                 = melalui media masa seperti televisyen.
5.  Berbual dengan kanak-kanak=berbual secara eye contact
6.  Memberi maklumat               = Cara memberi maklumat oleh orang dewasa
7.  Menanya=Soalan yang ditanya mesti dapat menarik perhatian kanak-kanak
8.  Memberi penerangan             =menggunakan perkataan yang betul, jelas, ringkas, dan tepat.
9.  Mendengar kepada percakapan kanak-kanak = beranggapan pendengaran oleh orang dewasa adalah
                                                                               suatu pujian.
10.Bahasa yang mempunyai unsur luahan = menggalakan kanak-kanak mangatakan atau melahirkan 
                                                                  perasaan menerusi penggunaan bahasa.
11.Permainan                             = meningkatkan pemahaman perkataan dan melatih pemikiran kanak-kanak
12.Bacaan awal                          = buku-buku bergambar dan penuh dengan warna.
    
     Perkembangan bahasa amat penting semasa kanak-kanak kerana ia memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan harian dan juga pertumbuhan kanak-kanak. Oleh itu, perhatian dan jagaan yang baik harus diberi kepada kanak-kanak bagi memastikan perkembangan bahasa dijalankan dengan sempurna.


Disediakan oleh:
Ng Siew Teng 126888


PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

       Setiap kanak-kanak melalui proses sosialisasi di mana ianya berlaku dalam persekitaran sosialnya. Persekitaran sosial yang dimaksudkan adalah keluarganya sendiri, saudara mara, jiran, pengasuh dan juga segala yang terdapat di sekelilingnya. Melalui pengalaman yang diperoleh dari proses sosiolisasi ini, seseorang kanak-kanak akan mencapai perkembangan emosi. Tahap perkembangan emosi ini bergantung kepada pengalaman dan persekitaran sosial yang dialaminya.
       Menurut Kamus Pelajar  Edisi Pertama, sosial bermaksud semua hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja dan girang. Manakala emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosioemosi di kalangan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasikan diri dalam masyarakat.
       Perkembangan sosio-emosi khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan. Ianya dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Ianya dikategorikan sebagai tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku yang positif merujuk kepada berkongsi, berdikari, mengikut peraturan dan lain-lain. Manakala tingkah laku negatif merujuk kepada bergaduh, mengasingkan diri, dan menggigit.
       Belajar melalui bermain dapat menyumbangkan kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak. Contoh permainan yang menyumbangkan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah yang berkonsepkan main peranan. Antaranya ialah berurus niaga (ambil pesanan makanan), bermain bola dalam bulatan, ekspresi wajah dan lain-lain. Melalui permainan ini, kanak-kanak akan belajar bagaimana untuk menjalinkan perhubungan sosial. Selain itu, mereka akan belajar cara untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Ini dapat dilihat melalui cara mereka bermain. Di sampinng itu, mereka juga akan belajar untuk saling menegur dan menasihati.
        Perkembangan sosioemosi membolehkan seseorang kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

Oleh : Noor Azima Mohd Noor 102516

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

    
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak
    Perkembangan Kognitif bermaksud proses peningkatan keupayaan
pemikiran,pengetahuan dan intelektual.Selain itu , ia juga adalah kemampuan menjanaa akal
budi dalam pelbagai penyelesaian masalah , memahami dan menganalisa.Kanak-kanak dapat
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.

    Perkembangan kognitif akan menpengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang dan
sering dikaitan dengan proses perkembangan intelektualnya. Melibatkan perubahan-perubahan
dalam kemampuan befikir , kemahiran berbahasa, dan cara individu memperolehi pengetahuan
dari pemerhatian lingkungan persekitarannya. Sebagai contoh,kanak-kanak ini akan mengamati,
mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa,menyelesaikan soalan matematik dan menceritakan
semula pengalaman hariannya merupakan proses kognitif awal yang positif bagi seorang kanak-
kanak pada peringkat 2 hingga 7 tahun.
    Secara praktikalnya ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak
Dengan memindahkan pengetahuan secara maklumat bicara.Melalui budaya tunjuk ajar secara
Langsung mahupun tidak langsung iaitu tingkah laku ibu bapa itu sendiri dan seterusnya pada
Peringkat operasi formal.Kebiasaannya, kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak
menggunakan symbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa
mereka dan memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.
Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan dating dan berbincang perkara lepas.Pelbagai
persoalan yang akan timbul pada minda permikiran mereka.
    Sebagai contoh ,kanak-kanak akan mula bertanyakan dari satu persoalan kepada
Persoalan yang lain secara berkaitan sehinggan mereka pasti kewujudan sesuatu atau pun
Kejadian bermula dari punca yang konkrit dan nyata pada pandangan mata kasar mereka
Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan
Malahan mengambil tahu apa yang telah berlaku pada proses sebelumnya.Oleh sebab itu kita
sebagai ibu bapa seharusnya peka apabila anak-anak mula bertanya akan soalan pertama yang
terlinta di mindanya.Sebagai ibu bapa perlu peka dan yakin dengan jawapan yang akan diberikan
bagi menunjukan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu same lain.
    Perkembangan kognitif ini juga melibatan keupayaan kanak-kanak menggunakan symbol.
Ini ditunjukan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa.Seorang kanak-
Kanak itu dapat meniru perbuatan yang dilakukan oleh seorang penari ballet setelah mereka
Melihatnya beberapa hari yang lepas.Keupyaan mereka ini menunjukkan sesuatu objek agak
Terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan symbol
Iaitu membuat tarian tersebut.
    Kesimpulannya, kanak-kanak pada tahap ini mula mempunyai kecenderungan untuk
Melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek
yang sama berdasarkan kriterianya.Mereka juga sudah mula menggunakan bahasa untuk
mengkategorikan barang. Selain itu , nombor dan warna sudah mula difahami.Kanak-kanak
pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini.Perkembangan
ini sangat penting untuk menjadikan mereka berkeadaan baik dalam segala aspek.Kanak-kanak
akhirnya sudah mula memahami aspek yang melibatankan logic dan mampu untuk
menggabungkan perkara logic dengan permikiran yang abstrak.Pada tahap ini kemampuan
pemikiran yang baru juga akan dipeolehi.Mereka juga berupaya untuk melihat sesuatu perkara
sebagai relative lebih daripada yang jelas seperti meniru dan mempraktikkan kemampuan baru
melalui lawak dan pergaduhan mahupun pergaulan dengan ibu bapa mereka


    Name:Moo Chun Shyan        Matric Number: 205611

melalui lawak dan pergaduhan mahupun pergaulan dengan ibu bapa mereka

Oleh : Moo Chun Shyan  205611

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


                                       Pendidikan dalam konteks kanak-kanak merupakan satu proses berterusan yang berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak, di mana mereka akan mempelajari apa sahaja yang berada di persekitaran lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mahunpun pada masa hadapan. Kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai, norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang dapat membantu individu sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental seterusnya menanam dan mempertingkatkan nilai moral. Apabila Kurikulum dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangannya, ianya bukan sahaja tertumpu kepada pengalaman pembelajaran di sekolah, malah ia merangkumi pengalaman dalam kehidupan sehariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar rumah.
      Pendidikan di pusat asuhan adalah berorientasikan kepada kebutuhan dan perkembangan kanak-kanak serta segala kegiatan adalah bermula dari sederhana kepada rumit. Kaedah bermain sambil belajar sentiasa diamalkan dengan menggunakan strategi, bahan dan media yang menarik serta mudah diikuti oleh mereka. Melalui kaedah tersebut, kanak-kanak dapat bereksplorasi, menemukan dan memanfaatkan objek-objek yang dekat dengan mereka serta membangunkan pengertian yang berkaitan dengan pengalaman mereka. Proses pembelajaran yang kreatif, innovatif dan efektif akan menyenangkan kanak-kanak daripada cepat berasa bosan, membangkitkan rasa ingin tahu mereka dan menemukan hal-hal yang baru. Pelaksanaan stimulasi kepada kanak-kanak akan menyebabkan mereka tertarik dengan penggunaan teknologi informasi, misalnya televisyen, video, komputer serta radio.
Pendidikan di dalam rumah selalunya dimainkan oleh kedua-dua ibu bapa. Anak dididik dengan penuh kesabaran, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi supaya sentiasa menghargai jasa dan bersopan santun kepada orang yang lebih tua. Kanak-kanak akan terhibur dan terikat-ikat meniru aksi dalam iklan dan cerita kartun yang mempunyai pertalian rapat dengan siaran televisyen sehingga menyebabkan mereka mempercayai segala maklumat yang disampaikan. Selain itu, rancangan tersebut juga terdapat kandungan keganasan dan unsur-unsur negatif sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa boleh mendidik kanak-kanak dengan memberi pendapat sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat,  memilih rancangan yang berfaedah untuk mereka agar dapat menimba pengetahuan serta mempengaruhi pemikiran mereka daripada sentiasa keinginan mendapat sesuatu benda .
       Pendidikan awal kanak-kanak boleh dilakukan melalui pengaruh agama di luar rumah seperti di pondok, masjid dan sebagainya. Agama dapat membimbing dan mendidik kanak-kanak untuk memiliki standard pemikiran, konsep moral, nilai-nilai murni serta menjauhi segala kejahatan untuk mengelakkan diri daripada dihukum oleh penguasa yang tertinggi yakni: Tuhan. Tuhan dapat membentuk mereka agar memiliki konsep hidup dan karakter yang sempurna seperti kejujuran dan berakhlak mulia serta membolehkan mereka merindukan kebenaran Tuhan dalam suasana rohani yang indah dan harmonis. Kanak-kanak bermanfaat jika mereka mampu menerapkan nilai-nilai agama dalam kegiatan bermasyarakat, mengelola, memelihara serta menyesuaikan diri dalam alam sekitar. Secara langsungnya, Nabi Muhammad Saw telah menjadi teladan bagi mereka dalam ajaran agama.
       Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Ibu bapa menaruh harapan yang tinggi pada mereka supaya mereka dapat menjadi tonggak negara yang penting untuk membantu negara mencapai matlamat negara yang maju dan makmur agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan melakukan pelbagai usaha demi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak hanya mementingkan kerjaya masing-masing malah harus memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak agar tidak melakukan gejala sosial yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga.


Oleh : Lee Yoke Mei  126608

PENDERAAN FIZIKAL KANAK-KANAK

      Penderaan bermaksud melakukan tindakan kejam dan zalim terhadap individu dan akan menyebabkan kecederaan fizikal dan mental. Penderaan fizikal kanak-kanak pula merujuk kepada tindakan kejam yang dilakukan oleh golongan dewasa dan mengakibatkan kecederaan pada anggota badan mangsa disebabkan oleh beberapa faktor.

     Antaranya termasuklah tekanan hidup yang dialami oleh pendera seperti tekanan di tempat kerja dan tekanan emosi akibat daripada pengalaman silam yang pahit. Contohnya, pendera iaitu ibu bapa yang mengalami tekanan kerja yang melampau akan berasa "stress" sekaligus akan melepaskan tekanan tersebut pada anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan berlakunya penderaan ke atas kanak-kanak tersebut. Selain itu, tekanan emosi pula merujuk kepada masalah psikologi yang dialami oleh pendera. Penderaan yang berlaku disebabkan perasaan ingin membalas dendam kerana pendera telah mengalami perkara yang sama ketika zaman kanak-kanak mereka. Contohnya, pendera yang pernah dikejami ketika zaman kanak-kanak akan berasa geram apabila melihat kanak-kanak hidup riang kerana mereka tidak dapat merasai keadaan sedemikian. Hal ini akan mendorong mereka untuk melakukan kembali kekejaman yang pernah mereka alami dahulu. Selain itu, faktor latar belakang keluarga juga boleh mendorong ke arah penderaan fizikal kanak-kanak seperti taraf hidup yang rendah dan keruntuhan rumah tangga. Melalui faktor-faktor ini, pendera yang kurang dari segi pendidikan akan mudah terjerumus untuk melakukan kekerasan terhadap orang lain terutamanya pada kanak-kanak. Sikap mereka yang tidak mampu mengawal perasaan dengan baik dan cepat marah berlaku disebabkan oleh kurangnya penerapan sifat rasional dalam diri.

       Antara jenis-jenis penderaan yang sering dilakukan adalah memukul, mencubit, menyepak, menyimbah air panas, mencucuk puntung rokok ke atas tubuh kanak-kanak, dan sebagainya. Perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam pada mangsa seperti kecederaan fizikal dan mental. Kecederaan fizikal yang dialami termasuklah cacat anggota badan, terencat akal, lumpuh, dan menyebabkan kematian, manakala kecederaan mental pula termasuklah kemurungan, ketakutan melampau dan sering terasa disisihkan oleh masyarakat. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak mempercayai orang dewasa dan terdapat juga kanak-kanak yang menjadi liar.

       Oleh itu, tindakan segera perlu diambil bagi mengurangkan kadar penderaan fizikal kanak-kanak seperti mengadakan program motivasi, kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya. Peranan masyarakat setempat amatlah penting apabila berlakunya kes penderaan iaitu dengan melaporkan kes tersebut kepada pihak yang berkaitan secepat mungkin agar kanak-kanak tidak terus diperlakukan sedemikian lagi. Selain itu, guru juga berperanan penting dalam mendidik kanak-kanak supaya tidak mendekati orang yang tidak dikenali dan sentiasa bergerak secara berkumpulan sekiranya mahu keluar dari rumah.

Norulsalhah binti Hamid,205133

PENDERAAN MENTAL KANAK-KANAK

Penderaan mental pula berlaku apabila kanak-kanak sering dimarahi,diherdik dan boleh mengakibatkan tekanan mental atau emosi. Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli, sikap merasuah fikiran.
  Terdapat banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kes penderaan. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.Kemajuan negara hari ini menyebabkan kos hidup semakin meningkat. Hal ini menyebabkan sebahagian rakyat mengalami tekanan ekonomi dalam mengharungi kehidupan seharian. Kesempatan wang yang dirasai untuk menyara anak-anak yang ramai akan menimbulkan kesan tekanan emosi. Tanggungjawab memenuhi segala permintaan anak-anak boleh mendorong kepada berlakunya kes penderaan. Sehubungnya itu,tekanan di tempat kerja juga boleh membawa kepada kes penderaan kanak-kanak. Bebanan kerja di tenpat kerjamenyebabkan badan menjadi letih. Apabila pulang ke rumah,terpaksa berdepan pula dengan kerenah anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Tekanan yang dihadapi boleh membawa kepada tekanan mental yang menyumbang kepada berlakuanya kes penderaan. Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
  Akibatnya perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, kurang keyakinan dalam diri akan berlaku dan seterusnya membawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali peristiwa pahit yang dilalui dahulu. Keganasan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik di kemudian hari.
  Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Tambahan pula, pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
  Kesimpulannya, masalah sosial ini perlu ditangani dengan segera ke arah mewujudkan masyarakat menyayang menjelang tahun 2020.Kanak-kanak pada hari ini tidak seharusnya disia-sia kerana mereke merupakan pewaris negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu negara ketandusan pewaris yang berwawasan.

Tan Lay Thing 126844