Monday, August 16, 2010

KESIHATAN DAN KEBERSIHAN DIRI KANAK-KANAK

     Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak adalah anugerah tuhan yang istimewa dan paling mencabar untuk semua ibu bapa. Kanak-kanak  seharusnya dijaga dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa bertangungjawab menjaga kesihatan dan kebersihan kanak-kanak. Dengan itu, ibu bapa patut menyediakan satu tempat tinggal dan persekitaran yang bersih bagi anak-anak mereka. Selain daripada itu, ibu bapa harus mengajar mereka supaya mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dan kesihatan diri sejak kanak-kanak kecil lagi. Nilai-nilai murni yang dipelajari oleh anak-anak daripada ibu bapa mereka akan membantu dalam kehidupan mereka dan satu hari nanti mereka akan menoleh kepada cara mereka  dibesarkan dan menghargai apa yang telah kita lakukan.
     Selain itu, ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak tidak beli dan makan makanan ringan yang dijual di pasaran. Hal ini kerana makanan ringan mengandungi MSG dan bahan kimia yang boleh mempengaruhi dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Makanan ringan boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih dan menyebabkan mereka tidak ada selera makan.
Makanan segera juga tidak digalakkan mengambil seperti ayam goreng, sosej, burger.Oleh kerana, makanan segera mengandungi MSG dan kolestrol yang tinggi.Kanak-kanak selalu  mengambil makanan segera akan mempengaruhi kesihatan kanak-kanak dan membantut tumbesaran kanak-kanak. Di samping itu, kanak-kanak selalu makan  makanan segera juga senang menghidap penyakit buah pinggang ,obesity,diabetis,darah tinggi dan penyakit kronik yang lain.
    Pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kanak-kanak. Kerajaan telah menetapkan satu subjek iaitu Pendidikan Jasmani yang diajar pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Sukatan  Pendidikan Jasmani merangkumi pembelanjaran teori,mengetahui tentang jenis-jenis penyakit,amalan pemakanan yang baik,dan cara-cara mengatasi stress. Selain itu, melalui pendidikan jasmani kanak-kanak boleh menguatkan otot-otot,membuat otak cerdas dan  badan yang cergas.Oleh sebab, melalui subjek ini mereka dapat membuat senaman setiap minggu.
    Di samping itu, kerajaan juga telah melancarkan satu Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.  “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sessi persekolahan tahun 2008. Matlamat bagi program ini adalah bagi kanak-kanak sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif bagi program adalah bagi  kanak-kanak yang bersekolah rendah dapat mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, m pentadbir sekolah, menganalisis,menginterpretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu dan melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Dengan itu, kanak-kanak  dapat  menjaga kesihatan sendiri dengan baik  dan mempunyai  badan yang cergas .
    Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting bagi menjaga kesihatan kanak-kanak .Selain itu, pendidikan juga menyalurkan pengetahuan bagi menjaga kesihatan kanak-kanak dan menyedarkan mereka.Dengan ini, tahap kematian bagi kanak-kanak juga dapat dikurangkan jika pihak tertentu menekan dan mengambil perhatian terhadap isu-isu kesihatan kanak-kanak.

Oleh : Chew Yan Yee   126706

1 comment:

  1. Casinos With Casino Games
    This list 토토사이트코드 is based on all the casinos 1xbet online offering the casino games. Find out about the game selection, bonuses, payout 메종바카라 times and more. Rating: 4.8 · ‎9 bet analysis votes 토토사이트

    ReplyDelete