Monday, August 16, 2010

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


                                       Pendidikan dalam konteks kanak-kanak merupakan satu proses berterusan yang berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak, di mana mereka akan mempelajari apa sahaja yang berada di persekitaran lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mahunpun pada masa hadapan. Kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai, norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang dapat membantu individu sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental seterusnya menanam dan mempertingkatkan nilai moral. Apabila Kurikulum dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangannya, ianya bukan sahaja tertumpu kepada pengalaman pembelajaran di sekolah, malah ia merangkumi pengalaman dalam kehidupan sehariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar rumah.
      Pendidikan di pusat asuhan adalah berorientasikan kepada kebutuhan dan perkembangan kanak-kanak serta segala kegiatan adalah bermula dari sederhana kepada rumit. Kaedah bermain sambil belajar sentiasa diamalkan dengan menggunakan strategi, bahan dan media yang menarik serta mudah diikuti oleh mereka. Melalui kaedah tersebut, kanak-kanak dapat bereksplorasi, menemukan dan memanfaatkan objek-objek yang dekat dengan mereka serta membangunkan pengertian yang berkaitan dengan pengalaman mereka. Proses pembelajaran yang kreatif, innovatif dan efektif akan menyenangkan kanak-kanak daripada cepat berasa bosan, membangkitkan rasa ingin tahu mereka dan menemukan hal-hal yang baru. Pelaksanaan stimulasi kepada kanak-kanak akan menyebabkan mereka tertarik dengan penggunaan teknologi informasi, misalnya televisyen, video, komputer serta radio.
Pendidikan di dalam rumah selalunya dimainkan oleh kedua-dua ibu bapa. Anak dididik dengan penuh kesabaran, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi supaya sentiasa menghargai jasa dan bersopan santun kepada orang yang lebih tua. Kanak-kanak akan terhibur dan terikat-ikat meniru aksi dalam iklan dan cerita kartun yang mempunyai pertalian rapat dengan siaran televisyen sehingga menyebabkan mereka mempercayai segala maklumat yang disampaikan. Selain itu, rancangan tersebut juga terdapat kandungan keganasan dan unsur-unsur negatif sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa boleh mendidik kanak-kanak dengan memberi pendapat sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat,  memilih rancangan yang berfaedah untuk mereka agar dapat menimba pengetahuan serta mempengaruhi pemikiran mereka daripada sentiasa keinginan mendapat sesuatu benda .
       Pendidikan awal kanak-kanak boleh dilakukan melalui pengaruh agama di luar rumah seperti di pondok, masjid dan sebagainya. Agama dapat membimbing dan mendidik kanak-kanak untuk memiliki standard pemikiran, konsep moral, nilai-nilai murni serta menjauhi segala kejahatan untuk mengelakkan diri daripada dihukum oleh penguasa yang tertinggi yakni: Tuhan. Tuhan dapat membentuk mereka agar memiliki konsep hidup dan karakter yang sempurna seperti kejujuran dan berakhlak mulia serta membolehkan mereka merindukan kebenaran Tuhan dalam suasana rohani yang indah dan harmonis. Kanak-kanak bermanfaat jika mereka mampu menerapkan nilai-nilai agama dalam kegiatan bermasyarakat, mengelola, memelihara serta menyesuaikan diri dalam alam sekitar. Secara langsungnya, Nabi Muhammad Saw telah menjadi teladan bagi mereka dalam ajaran agama.
       Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Ibu bapa menaruh harapan yang tinggi pada mereka supaya mereka dapat menjadi tonggak negara yang penting untuk membantu negara mencapai matlamat negara yang maju dan makmur agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan melakukan pelbagai usaha demi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak hanya mementingkan kerjaya masing-masing malah harus memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak agar tidak melakukan gejala sosial yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga.


Oleh : Lee Yoke Mei  126608

No comments:

Post a Comment