Monday, August 16, 2010

PERKEMBANGAN FIZIKIAL KANAK-KANAK


Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat, dan ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan”(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor yang sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.
Dalam proses mendidik kanak-kanak,aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang Kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, Seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitaran yang kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk manjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.
Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tentang tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu belajar  bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya. Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali.
Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu mengetahui bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya perlu mengamalkan tabiat cara pemakanan yang baik seperti  jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Selain itu, kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul. Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu mengetahui cara pernafasan yang betul atau pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.       


Oleh : New Yee Mei 128872

No comments:

Post a Comment