Monday, August 16, 2010

PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK

Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak.Selain ia membekalkan tenaga,ia juga membantu dalam perkembangan otak dan tumbesaran kanak-kanak.Tanpa pemakanan sihat dan seimbang,perkembangan dan pembesaran anak-anak akan terjejas.
Antara contoh makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah karbohidrat.Karbohidrat  berfungsi untuk membekalkan tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan kanak-kanak.Selain itu,badan kanak-kanak juga memerlukan Kalsium yang berfungsi untuk membantu pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang menjadi lemah.Contoh sumber kalsium seperti susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya.
Di samping itu,penyediaan makanan yang seimbang amat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.Makanan seimbang penting untuk memberi tenaga yang di perlukan oleh setiap kanak-kanak dalam badan mereka.Ia juga dapat membantu ketahanan badan kanak-kanak bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta dapat menyembuhkan luka atau penyakit dengan cepat.Selain itu,pemakanan yang seimbang penting dalam perkembangan otak kanak-kanak agar sihat dan cerdas.
Selain itu, cara penyediaan makanan untuk kanak-kanak juga memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka untuk makan makanan yang seimbang.Antara panduan penyediaan makanan untuk kanak-kanak seperti menyediakan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik.Kemudian,hiaskan makanan tersebut sebelum dihidangkan dan gunakan peralatan yang pelbagai warna dan bentuk agar kanak-kanak tertarik dengan setiap menu yang disediakan.
Kesimpulannya,pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak agar badan mereka sentiasa sihat dan cerdas.

Oleh:Nur Syahirah Binti Ismail
                     205503

No comments:

Post a Comment