Monday, August 16, 2010

PENDERAAN MENTAL KANAK-KANAK

Penderaan mental pula berlaku apabila kanak-kanak sering dimarahi,diherdik dan boleh mengakibatkan tekanan mental atau emosi. Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli, sikap merasuah fikiran.
  Terdapat banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kes penderaan. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.Kemajuan negara hari ini menyebabkan kos hidup semakin meningkat. Hal ini menyebabkan sebahagian rakyat mengalami tekanan ekonomi dalam mengharungi kehidupan seharian. Kesempatan wang yang dirasai untuk menyara anak-anak yang ramai akan menimbulkan kesan tekanan emosi. Tanggungjawab memenuhi segala permintaan anak-anak boleh mendorong kepada berlakunya kes penderaan. Sehubungnya itu,tekanan di tempat kerja juga boleh membawa kepada kes penderaan kanak-kanak. Bebanan kerja di tenpat kerjamenyebabkan badan menjadi letih. Apabila pulang ke rumah,terpaksa berdepan pula dengan kerenah anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Tekanan yang dihadapi boleh membawa kepada tekanan mental yang menyumbang kepada berlakuanya kes penderaan. Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
  Akibatnya perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, kurang keyakinan dalam diri akan berlaku dan seterusnya membawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali peristiwa pahit yang dilalui dahulu. Keganasan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik di kemudian hari.
  Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Tambahan pula, pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
  Kesimpulannya, masalah sosial ini perlu ditangani dengan segera ke arah mewujudkan masyarakat menyayang menjelang tahun 2020.Kanak-kanak pada hari ini tidak seharusnya disia-sia kerana mereke merupakan pewaris negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu negara ketandusan pewaris yang berwawasan.

Tan Lay Thing 126844

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    The hotel offers 의정부 출장샵 guestrooms and 안산 출장샵 free 춘천 출장안마 Wi-Fi, all of 경상북도 출장안마 which are also provided by the Borgata Hotel Casino & 용인 출장샵 Spa website.

    ReplyDelete